Friday 30 December 2011

LAMBAIAN 2012 =)

sebelum melonjak gembira saya ingin melafazkan =Alhamdulilah bersyukur saya ke hadrat ilahi..kerna dengan limpah kurnianya dapat saya menanti kemunculan tahun 2012 yg bakal tiba.....
kadang-kadang terasa hiba kerna 2011 bakal melabuhkan tirainya..tapi apakan daya life must go on..Senyum dan tak perlu kata apa2 sebenarnya tapi sebagai muslim lafaz syukur itu lebih bererti bukan..
 sebelum berkata dengan lebih panjang lagi..saya rasa inilah peluang saya untuk mengimbas kembali..detik2 terindah sepanjang 2011...seperti biasa, bnyak detik2 pahit getir yang saya lalui...sehingga sampai satu tahap saya tak mampu nak berkata-kata hanya terdiam membisu dengan sedikit istghifar di dalam hati menenangkan perasaan hiba saya bila bnyak peristiwa2 hitam berlaku sepanjang 2011...tpi orang kata barang yang lepas tak perlu dikenang...so,saya ambil semua itu sbg satau pengajaran hidup untuk saya menempuh kerjaya kehidupan saya..
Sebaliknya.saya ingin berkongsi kenangan2 manis saya sbg seorg pujangga di bumi allah ini..sepanjang 2011 saya lihat kehidupan saya lebih bnyak berubah berbanding tahun sebelumnya, dan kadang kala ia membuatkan saya lebih matang dr aspek dalaman walaupon luaran saya masih keanak-anakan..itulah lumrah kehidupan..Kerjaya saya sebangai seorg designer mmebuatkan otak pemikiran saya lebih ke arah positif walaupon kdang-kala ia membebankan sya..tapi saya terima dengan rela hati...mungkin tak semua mampu merasa kehidupan yang kita miliki kerna fitrah kejadian manusia sama dr lahiriahnya tetapi berbeza dr batiniah..
So as  conclusion..kehidupan kita masih perlu diteruskan walaupon ada ketikanya ia terlalu pahit untuk kita tempuh...org kata itulah asam garam kehidupan walaupon hakikatnya pahit umpama hempedu...walau apapun kita terimalah dan tempuhinya dengan berani...jangan kerana takutkan kehidupan,kita akan sentiasa berada di takuk yg lama...sebagai tanda kasih sayang saya kepada pembaca blog saya...saya ucapkan "SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2012,SEMOGA AZAM ANDA TERCAPAI.............AMIN"

No comments:

Post a Comment