Wednesday 9 November 2011

ZAHIRIL ADZIM

Kenapa tiba-tiba entry ini pasal Zahiril Adzim...siapa dia..??....

Inilah idola dalam penulisan aku selama ini,aku sangat kagum dengan insan yang bernama Zahiril Adzim.....secara rasionalnya aku sangat kurang selesa dengan lakonannya yang tanpa seribu ekspresi pada wajahnya..Ini bukan menyentuh aspek kesonsangan cinta pujangga....Tapi, apa yang membuatkannya sangat istimewa pada aku adalah cara penulisannya...Kita hilangkan seketika saat kepopulariti Zahiril Adzim yang lebih selesa dgn panggilan Bob.....
Bagi aku bob mempunyai seribu idea menceritakan dan mengolahkan lakaran kehidupan, manusia dengan berjuta kepalsuan tercalit pada wajah setiap khalifahnya..Hampir berpuluh kali aku membaca penulisannya dalam "Bogel Menuju Tuhan"..melayari setiap bait-bait kehidupan.membuat aku terleka seketika hampir setiap kali membacanya...banyak kupasan-kupasan yang menarik dalam penulisannay....cukup tersusun kalimah yang keluar dari idea seorang insan seni ini..

Kata-katanya sangat puitis, "Bogel Menuju Tuhan" bukan buku yang melampirkan gambar-gambar lucah mahupun aspek-aspek ketuhanan tapi ia lebih detail melalui lensa penglihatan insan bernama Zahiril Azim ni melampirkannyan dalam penulisan mengenai perihal kehidupan manusia di bumi Ya Rabbi...Sungguh aku tak percaya yang aku tertarik dengan lakaran pemikirannya yang sangat istimewa...Dialah yang memberi dorongan untuk aku terus berkarya dalam laman pencinta blog....mungkin ini bukan mudah,kerana mata,telinga,hati dan jiwa aku kena peka meneliti alam sekeliling,untuk berkongsi melalu penceritaan yang bukan mudah untuk ditafsirkan dengan kata-kata...

Tapi dengan lakaran imaginasi melalui penulisan yang aku baca dalam "Bogel Menuju Tuhan" sangat menyentuh sanubari aku..aku berani bersumpah kerana lakarannya cukup teliti mengulas seribu bait-bait lakaran kehidupan manusia..


P/S JIKA ANDA BACA ENTRY INI..DENGARLAH DEGAN BACKGROUND MUSIC BY COLDPLAY NI..ANDA AKAN RASA APA YANG SEDANG SAYA RASA......

No comments:

Post a Comment